Jumaat, 13 Januari 2017

SEBUT PENDAWAIAN 2017


TESTPEN LEKTRIK ENTERPRISE..
ROSMAN-0143346543

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA 2017 (upah wiring) --
 Sekitar Area jeram, k.selangor dan klang

Perkhidmatan WIRING :-

Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan (2017):



1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.

- Harga pendawaian lampu = RM70

- Harga pendawaian kipas termasuk hook= RM80

- Harga pendawaian soket plug =RM 90

- Harga pendawaian aircond =RM160

- Harga pendawaian water heater =RM 160


2. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):

- Pendawaian lampu = RM90

- Pendawaian kipas = RM100

- Pendawaian soket plug 13A = RM110

- Pendawaian aircond = RM 150

- Pendawaian Water Heater = RM180


3. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 140


4. Network CAT5e cabling 1 Point = RM170


5. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod

= RM150/lot-Rm250/lot


6. Pemasangan DB (Switch Board)

- Single phase 8way hingga 20 way termasuk barang RM400 - RM500

- Single phase atas 20 way termasuk barang RM600 ke RM750

- Three phase untuk rumah termasuk barang RM1250

*Untuk metalclad DB tambah RM200


7  .UPAH PASANG SAHAJA

- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10- RM15

- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 20-RM 25

- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight termasuk tebuk = RM 25- RM 30

- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 40-RM 50

- Pasang Kipas 3 bilah biasa = RM35- Pasang Kipas hiasan (4 bilah ke atas) = RM50 



Jumaat, 23 Disember 2016

MY IKLAN



Salam sejahtera saya ucapkan. Disini ingin memperkenal satu page pengiklanan di laman facebook, berfungsi untuk mengetengah perniagaan agar lebih di kenali oleh semua pengguna facebook lain. MY IKLAN akan membantu perniagaan anda lebih di kenaLi ramai oleh pengguna di facebook. kami akan memapar iklan perniagaan atau barang barang yang hendak di jual dengan cepat dan mudah. MY IKLAN hanya memapar yang tidak menyalahi undang undang. segala jenis barang yang menyalahi undang undang kami tidak memaparkan, setiap iklan yang di paparkan di kena bayaran sebanyak rm10,

Lihat iklan kami di youtube



Rabu, 21 Disember 2016

KOLEKSI PANTUN

melihat saja yang kita mampu,,
saudara kita di zalimi dan di tindas,,
siapa yang cuba membantu,,
dikata mereka sebagai pengganas,,

semakin lama dunia beredar,,
hati membara terasa panas,,
takkan tiada siapa yang sedar,,
siapa sebenar yang lebih ganas,,

angannya besar hendak mentadbir,,
seluruh dunia yang milik Tuhan,,
musnahlah engkau orang kafir,,
bersama kesombongan dan kebodohan

ada juga orang islam,,
mengikut telunjuk orang kafir,,
hati mereka sudah hitam,,
sungguh mereka jauh tersingkir,,

siapa khayal dengan hiburan,,
sungguh mereka pengikut dajjal,,
tunggulah akan datang giliran,,
malaikat maut menuntut ajal,,

kau lihat bulan bintang,,
semuanya milik tuhan,,
bila ajal sudah datang,,
tiada lagi rayu rayuan,,

sinar mentari sungguh terang,,
waktu senja mula berlabuh,,
masa senang di puja orang,,
bila susah semua menjauh,,

kerja aku pemandu lori,,
tekan minyak pedal kaki,,
ingat ALLAH setiap hari,,
hanya dia pemberi rezeki,,

orang bodoh pandai berkata saja,,
raja kuat ibadat tak boleh terima,,
ingat nabi sulaiman seorang raja,,
menyebar dakwah dan agama,,

kerana aku tak punya apa apa,,
tidak terjamin masa hadapan,,
tetapi jangan engkau terlupa,,
semuanya Allah yang tetapkan,,

setiap hari terasa hangat,,
rasa rindu datang bertamu,,
tiba tiba hati teringat ingat,,
insan istimewa hanya kamu,,

kita insan tak cukup sempurna,,
siapalah insan sudi menerima,,
janganlah diri ini di hina hina,,
kita mati ke bumi di tanah juga,,

di dalam jurang diri terjatuh,,
jerih perit sendiri merasa,,
bangkitlah diri jangan mengeluh,,
jangan sekali berputus asa,,

hidup cuma seketika hanya,,
buang masa sekali kali jangan,,
orang tak berubah hidupnya,,
mereka yang asyik berangan angan,,

dalam hidup kena jujur,,
tanpanya hidup jadi mainan,,
dalam kata yang ditutur,,
baik tentang hati dan perasaan,,

bila jodoh bersungguh mencari,,
sedangkan jodoh tetapan ilahi,,
tentang hidayah buat tak peduli,,
itulah yang sebenar perlu di cari,,

ikhlas itu tidak di dalam kata,,
ia tersemai didalam hati,,
dalam memberi tanpa meminta,,
tidak lelah terus berbakti,,

bila teringat kisah kumbang,,
dulu hinggap kuntuman bunga,,
kini bunga dah dipetik orang,,
terbanglah ia tanpa hala tujunya,,

biar orang berburuk sangka,,
kita tetapkan bersangka baik,,
jangan dendam nanti terluka,,
balasannya pasti akan berbalik,,

hidup dengan rasa bersalah,,
hati dan perasaan bukan untuk dipermain,,
doa yang terbaik adalah,,
mendoakan kebahagia orang lain,,

bukan kita tiada keinginan,,
selalu banyak datang dugaan,,
kerana masih ada keyakinan,,
terus berusaha mencapai kejayaan,,

kita insan punya keinginan,,
tak semudah untuk mendapatkan,,
hidup harus punya keyakinan,,
terus berusaha memburu kejayaan,,

rasa rindu semakin menyengat,,
begitu hangat rasa cinta,,
bangun pagi asyik teringat,,
tuan puteri buah hati beta,,

sungguh besar kasihnya Allah,,
tak tertanding kekasih hidupmu,,
dia menghilang segala masalah,,
menjadi kekuatan dalam hidupmu,,

hari ini kita jatuh tersungkur,,
tiada siapa hendak menbantu,,
kita tak mampu hendak mengatur,,
hanya Allah mampu penentu,,

bila waktu sudah malam,,
rambulan terang memberi cahaya,,
pada sahabat di utus salam,,
semoga hidup bahagia dan ceria,,

hari ini waktu kita terjatuh,,
tiada siapa yang memandang,,
duhai hati jangan mengeluh,,
hanya Allah menjadi penenang,,

tiang rumah di pahat pahat,,
rumah kayu berdinding papan,,
seribu kebaikan takkan terlihat,,
hanya kerana satu kesilapan,,

jalan hidup banyak rintangan,,
setiap laluan memberi pengalaman,,
sabar itu adalah kemenangan,,
bagi orang orang yang beriman,,

akanku turut kemahuan mu,,
asalmu hidup sentiasa ceria,,
biar selamanya takkan bertemu,,
asal hidupmu selalu bahagia,,

wahai anak jangan sekali,,
pernah melukakan hati ibumu,,
ingat ibu tak pernah peduli,,
menyabung nyawa melahirkan kamu,,

dalam hidup tetapkan kejujuran,,
biarlah orang lain meragui,,
yang menilaikan hanya Tuhan,,
jangan menipu diri sendiri,,

ibu mendidik jadi manusia,,
supaya kita sentiasa bersopan,,
bersopan itu amalan mulia,,
menjamin hidup di masa hadapan,,

setiap pertemuan dan perpisahan,,
adalah kehendak Yang Maha Esa,,
kasih Allah tak pernah berjauhan,,
selalu dekat denganmu setiap masa,,

biar hidup sampai akhir,,
hingga nafas sudah terputus,,
adik beradik umpama air,,
walau di cincang takkan putus,,

tajak rumput tanam kundur,,
tajak dalam hujan lebat,,
telajak perahu boleh berundur,,
telajak perbuatan tanggung akibat,,

duduk sambil melipat kain,,
di terangi dengan cahaya pelita,,
atas kesilapan orang lain,,
kita juga menanggung menderita,,

lembu di tambat sudah lari,,
apalah guna ikatan tali,,
susah diriku tanggung sendiri,,
tiada siapa ambil peduli,,

takkan berbunyi tukul diketuk,,
andai tangan tidak berdaya,,
kita selalu di hina dan dikutuk,,
orang paling kita percaya,,

takkan berbunyi tukul diketuk,,
takkan angin menyampai cerita,,
kita selalu di hina dan dikutuk,,
orang paling dekat dengan kita,,

dalam hidup jangan berdendam,,
jangan jadi angin ribut taufan,,
api yang marak akan terpadam,,
siramilah ia dengan kemaafan

tunggul kayu jangan di sepak,,
nanti kaki juga terasa sakit,,
buat baik orang tak nampak,,
kesilapan juga yang di ungkit,,

makan cili terasa pedas,,
sampai air mata belinang,,
kita insan selalu di tindas,,
orang atas hidup senang,,

putus urat beribu ribu,,
menahan sakit melahirkan kamu,,
seburuk mana hidup ibu,,
kenangkan jasa melahirkan kamu,,

biarlah apa orang nak kata,,
kata kita berlagaklah baik,,
susah dihati tak terlihat mata,,
cuba untuk bersangka baik,,

pergi ke seberang naik rakit,,
berdayung dengan kayu jati,,
wahan adalah satu penyakit,,
cintakan dunia takutkan mati,,

dari jam besaq sungai petani,,
menuju jambatan bumbung lima,,
sedar bahawa hidup didunia ini,,
bukannya untuk selama lama,,

cari teman bersusah payah,,
buat di kejar orang tak sudi,,
biarlah ku jaga ibu dan ayah,,
selagi ada kesempatan ini,,

hai manusia zaman sekarang,,
hilang adab penuh kezaliman,,
disana sini berlaku berperang,,
hilang sudah hidup yang aman,,

susah di cari dalam dunia,,
sudi memaafkan dari membenci,,
mulianya seseorang manusia,,
kerana hati yang tulus dan suci,,

kau kata kau yang berjaya,,
adakah usaha diri mu sendiri,,
siapa yang memberi daya upaya,,
tanpaNYA kau tak mampu berdiri,,

hidup penuh dengan rintangan,,
hanya Allah yang memudahkan,,
aku insan hanya berangan angan,,
hanya Allah yang memakbulkan,,

hidupku ini tidak sempurna,,
siapalah sudi hendak terima,,
jangan pula diri ini di hina,,
kalau tak sudi hidup bersama,,

wanita itu umpama bunga,,
menjadi penyeri di dalam taman,,
sirimilah ia dengan baja,,
bukan racun yang merosakan,,

hujan yang turun membasahi,,
walau cuma seketika hanya,,
terima setiap ketetapan ilahi,,
disebalik kelukaan ada bahagianya,,

perjalanan yang jauh aku tempuhi,,
tak kisah pada nasibnya diri,,
walau hujan yang turun membasahi,,
pada luka yang ditusuk duri,,

ikat andoi pada pohon,,
pedayam dalam bakul rotan,,
biar sampai beribu tahun,,
takkan hilang dari ingatan,,

daku insan tidak berdaya,,
segala daya upaya hanya Allah,,
jika engkau betul percaya,,
percayalah dengan insha Allah,,

jangan bangga pakaian mewah,,
kerana akhirnya berkain kafan,,
ingat bila sudah 7 kaki di bawah,,
tiada berguna lagi keinsafan,,

sudah puas kita berlari,,
lari dari hidup yang sepi,,
selamat malam tuan puteri,,
semoga lena di buai mimpi,,

rumah mewah umpama istana,,
cuma seketika untuk berehat,,
orang tanya hendak ke mana,,
berakhir semua ke liang lahat,,

jangan merasa diri hebat,,
walau banyak pengalaman,,
kerana itu selalu beringat,,
hidup tak lari dari kesilapan,,

jadi bos asyik mengarah,,
bila bercakap jangan mencelah,,
tak pernah mengaku salah,,
kita juga yang kena marah,,
dia bos tak mahu mengalah,,
kata kalau tak tahan boleh belah,,
begini bisnes boleh lingkuplah,,

jangan buat terlepas pandang,,
siapa yang bermaha raja lela,,
apalah makna undang undang,,
jika penjenayah yang di bela,,

biarlah harta banyak setinggi bukit,,
takkan sekali dapat dosa di pajak,,
jangan asyik memandang ke langit,,
sampai tak sedar apa yang terpijak,,

apabila rambut sudah beruban,,
jangan luput dalam ingatan,,
kasih ayah sanggup berkorban,,
kasih ibu tak mengenal keperitan,,

jangan seronok asyik terlena,,
semakin dekat waktu di akhir zaman,,
lihat saudara kita diluar sana,,
jadi mangsa penindasan dan kekejaman,,

terasa jauh ingin daku pergi,,
pergi jauh membawa diri,,
hidup ku yang dulu tiada lagi,,
kini semua tinggal memori,,

hidup dan mati ku berserah,,
pada Allah yang maha kekal,,
manusia bila dikuasai nafsu marah,,
berkatalah ia seperti hilang akal,,

kaulah gadis hati mulia,,
sanggup berkorban demi ibu tercinta,,
hidupmu pasti akan bahagia,,
anugerah kasih dari sang pencipta,,

pergi ke kebun mengait kelapa,,
kelapa di kopek mengguna jari,,
tak kenal orang tidak mengapa,,
asal jangan tak kenal diri sendiri,,

jangan suka berbangga diri,,
engkau sebenar tak ada apa apa,,
segala yang ada milik ilahi,,
engkau hanya insan sering terlupa,,

angkut kayu kandar dibahu,,
tiada tertahan peluh meleleh,,
jangan berlagak serba tahu,,
bila di suruh apa pun tak boleh,,

mengapa ibu merenung jauh,,
mengenang anak tak ambil peduli,,
apabila ibu sudah pergi jauh,,
jangan pernah kamu kesali,,

nanti cakap mula tersinggung,,
aman mana jiwa terganggu,,
pemerintah zalim di sanjung sanjung,,
oleh pengampu pengikut dunggu,,

bila mulut penuh dedak,,
untung isi tembolok sendiri,,
sampai menyembur tersedak sedak,,
orang lain engkau tak peduli,,

di atas kerta lukisan pensil,,
terlukis gambar sebilah pedang,,
mereka senang mengaut hasil,,
jangan ingat engkau dipandang,,

kerana politik rakyat berpecah belah,,
mereka yang taksub berbalah balah,,
yang benar kau jadikan salah,,
yang salah menang tak kalah,,

akan datang di suatu masa,,
orang dunggu yang memerintah,,
hidup rakyat yang tersiksa,,
kesusahan mereka tak di endah,,

hidup ini seketika hanya,,
jangan hanyut dengan dosa,,
hidup ini ada batasannya,,
jangan di langgar akan binasa,,

bukan di harap orang kagum,,
atau hati menjadi suka,,
kita cuba buat orang tersenyum,,
walau kita sendiri terluka,,

biar mata yang buta,,
jangan pula buta hati,,
biarlah tak kaya harta,,
jangan miskin budi pekerti,,

ada manusia berhati binatang,,
sungguh buas dari haiwan,,
peri kemanusian sudah hilang,,
tiada lansung belas kasihan,,

tak kenal maka tak cinta,,
adanya cinta itu milik siapa,,
kenal dulu sang pencipta,,
rugilah siapa yang terlupa,,

tiada kasih yang lebih hangat,,
itulah kasihnya seorang ibu,,
sanggup mengerah segala keringat,,
demi memenuhi keperluan hidupmu,,

bila mata menjadi kelam,,
makin dekat penhujung usia,,
kunci kata di akhir kalam,,
menentukan akhir hidup di dunia,,

pemberian itu tidak diminta,,
tidak di minta untuk di balas,,
sungguh ikhlas sukar dinyata,,
terus berusaha menjadi ikhlas,,

bila tiada selera nak makan,,
teringat ingat pada si dia,,
selamat petang saya ucapkan,,
semoga bahagia dan ceria,,

dalam guni berisi kelapa,,
lalu di bawa naik perahu,,
biarlah orang nak kata apa,,
hanya Allah yang lebih tahu,,

duduk termenung di depan tirai,,
lalu tersingkap kisah yang lalu,,
kenangan cinta sudah terlerai,,
sakitnya bagai di tusuk sembilu,,

pergi memotong daun kelapa,,
lalu di masuk ke dalam guni,,
kenangan indah sukar dilupa,,
kerana dia siapa kita hari ini,,

terasa letih hendak mencari
berteman bersama bayang diri,,
jangan di kejar nanti ia lari,,
lalu biarkan dia datang sendiri,,

sungguh indah sang mentari,,
menyinar dalam lubuk hati,,
selamat malam tuan puteri,,
semoga lena di buai mimpi,,

jangan hati merasa gundah,,
memang hidup banyak rintangan,,
sabar itu sungguh indah,,
di sebaliknya ada ketenangan,,

biar terpisah di hujung dunia,,
suatu masa bertemu kelak,,
cinta itu tak mengenal usia,,
sudah takdir tak bisa di tolak,,

sungguh indan sinar mentari,,
tidak jemu memberi cahaya,,
saya insan tak mampu berdiri,,
yang berdiri itu bukan saya,,

hari ini hari sabtu,,
esok sudah hari minggu,,
ingat Dia yang satu,,
agar hidup tiada belenggu,,

tiada yang akan kekal hakiki,,
selain dari hanya ALLAH,,
tiada satu yang kau miliki,,
selain semuanya milik ALLAH,,

assalammualaikum salam diberi,,
susun kata dalam budi bahasa
sungguh indah wajah berseri,,
semoga hidup bahagia sentiasa,,

aku sedar siapalah daku,,
telah ku lihat di cermin diri,,
tanpa kasihnya tubuhku kaku,,
jauhkan aku menyombong diri,,

duduk berdoa atas sejadah,,
semoga dapat pergi ke makkah
kerja itu adalah ibadah,,
mencari rezeki yang berkah,,

pergi ke kebun cari kelapa,,
sudah di parut di timbang kati
buruk muka tidak mengapa,,
asalkan jangan buruknya hati,,

dia tak mengenal erti kesusahan,,
cuma mahu sedikit simpati,,
anak itu adalah anugerah Tuhan,,
sanggup kau biarkan ianya mati,,

kasih orang kepada kita,,
harta benda menjadi jurang,,
kasih lagi sang pencipta,,
walau sedikit takkan kurang,,

terang mentari lagi terang dia,,
terlalu dekat bagai mata dan bulu mata,,
hidup yang terlalu bahagia,,
apabila sudah mengenal sang pencipta,,

kita insan tiada harta,,
siapalah sudi hendak memandang,,
jangan harap ada cinta,,
takkan mungkin lagi akan bertandang,,

bumi kita sudah tua,,
tinggal masa hendak rebah,,
ingat itu pada semua,,
bila lagi hendak berubah,,

kita melangkah dari selatan,,
ingin menuju kearah utara,,
masih segar dalam ingatan,,
rindu di hati masih membara,,

keikhlasan itu takkan terucap,,
ia tersembunyi di balik hati,,
takkan mudah ia tersingkap,,
ia tersemai di dalam budi,,

cik sha selalu di hati,,
menjelma bagai pelangi indah,,
jadi teman teman sejati,,
sungguh senang di sayangi,,

jauh kaki ini melangkah,
dari selatan hingga utara,,
rupanya dia ada di tengah,,
pengubat hati duka dan lara,,

jangan harap orang kasih,,
apabila hidup sudah terbuang,,
sudah di tinggal jauh tersisih,,
tetap melangkah terus berjuang,,

biar keringat akan ku kerah,,
hadapi ujian tak perah lelah,,
hanya padamu aku berserah,,
hidup dan mati ku Ya Allah,,

dugaan itu banyak pengertian,,
titipkan sabar jangan hilang,,
semakin hidup banyak ujian,,
tanda ALLAH merasa sayang,,

ingat satu yang pertama,,
hidup jangan membuang masa,,
hayat kita bukanlah lama,,
jangan terus bergelumang dosa,

andai sempat untuk hari ini,,
kesilapan lalu jangan ulangi,,
andai takdir sampai disini,,
maaf di pinta sebelum pergi,,

dalam hidup banyak pengajaran,,
siapa bersyukur akan terasa,,
kehidupan kita atas aturan,,
hanya Allah Yang Maha Berkuasa,,

sungguh kecewa berkali kali,,
di dalam sepi aku mencari,,
kekasih yang betul mengenali,,
apa sebenar ertinya diri,,

dunia berputar bagai gasing,,
takkan hidup terus kekal,,
duniaku sungguh jauh terasing,,
takkan sampai dek akal,,

apalah guna hidup bahagia,,
sementara hanya tempat berpaut,,
tak bertemu jodoh di dunia,,
bertemu jodoh malaikat maut,,

tengok orang ada anak,,
hati ini juga rasa teringin,,
siapalah kita orang tak nak,,
jangan berharap hati dingin,,

hidup ini ditolak tepi,,
bagai diri tiada harga,,
hidup ini bagai mimpi,,
ku nanti bila terjaga,,

jangan menepuk hanya pada angin,,
kerana ia pasti takkan berbunyi,,
jangan mengharap hati yang dingin,,
takkan berakhir hidupmu yang sunyi,,

bunga dahlia tumbuh di tengah,,
di tengah jerat jerat manusia,,
kejar dunia kau akan mengah,,
kejar akhirat kau pasti bahagia,,

hidup ku hanya sementara,,
menumpang hanya di dunia,,
juga akan ada sementara,,
di ingatan seorang manusia,,

janganlah di ukur pada rupa,,
wajah cantik pastikan tua,,
biarlah tidak dapat berjumpa,,
dalam mimpi pasti bersua,,

apa ada dalam peti,,
ada tersimpan sebatang sudu,,
apa ada dalam hati,,
ada tersimpan rasa rindu,,

kalau awak merasa budi,,
biarlah kuntum terus mekar,,
kalau awak merasa sudi,,
biarlah saya datang melamar,,

niat dihati ingin memetik,,
ingin memetik buah la tamar,,
bila kasih sudah berputik,,
niat di hati datang melamar,,

kita sebagai hamba Allah,,
tak terlepas melakukan khilaf,,
kalau ada silap dan salah,,
kita di sini memohon maaf,,

pelabuhan klang hati berteduh,,
sungai besar kampung halaman,,
kalaulah benar di kata jodoh,,
adakah di bandar sultan sulaiman,,

masa di dunia kau siakan berakhir,,
tak kau sedar kubur memangil,,
bila datang mungkar dan nangkir,,
apabila di tanya kau mengigil,,

kita akan jadi masa lalu,,
hidup pasti akan ditinggalkan,,
harta banyak tidak perlu,,
hanyalah amal jadi bekalan,,

kita tak mampu hendak mengubah,,
kerana suratan sudah tertulis
kuatkan hati sentiasa tabah
biar mata terpaksa menangis,,

berdebar debar rasanya rindu,,
rindunya puteri hati berkenan,,
berdebar debar asyik menunggu..
menunggu balasan dari pesanan,,

kita bukan siapa siapa,,
diri ini apalah sangat,,
kita sering kali terlupa,,
pada dia selalu ingat,,

Potong papan jadi keranda,,
Jasad di hitung amal dan dosa,,
Apabila diri sudah tiada,,
hanya Kekal Allah Yang esa,,

sungguh hati sudah tertambat,,
tiada daya menawan hatinya,,
tiada cinta yang paling hebat,,
cinta Allah pada mahluknya,,

yang menjauh terlihat zahir,,
itu dikejar bagai tak ingat,,
yang tiada awal dan akhir,,
sungguh dekat tak terlihat,,

yang menjauh terlihat zahir,,
paling dekat tak terlihat,,
sang kekasih takkan berakhir,,
kasih kekal sampai akhirat,,

bila engkau hati dah tawar,,
jangan engkau rasa kecewa,,
sengguh ini adalah penawar,,
zikir dan doa penenang jiwa,,

engkaulah insan luar biasa,,
bagiku kau terlalu istimewa,,
dalam hati tak tergambar rasa,,
membuat ku tersenyum ketawa

bila rindu ku sebut namamu,,
hanya Engkau bertahta dihati,,
bilakah dapat kita bertemu,,
duhailah kasih kekasih sejati,,

bila terbit sang mentari,,
mula terbang si rama rama,,
rasa rindu setiap hari,,
terasa ingin hidup bersama,,

bukan niat kita terhegeh hegeh,,
cuma niat hendak berkawan,,
hidup jangan suka memperlekeh,,
hilang kawan banyak lawan,,

andai kami terus berdua,,
pulau impian kami berlabuh,,
pada Tuhan aku berdoa,,
semoga dia beransur sembuh,,

terasa mimpi miliki cinta,,
kita bukan siapa siapa,,
kita sedar siapalah kita,,
cuma insan tak punya apa,,

sukar di lupa kenangan lalu,,
terbawa bawa didalam mimpi,,
didalam ingatan segar selalu,,
menanti daku didalam sepi,,

puas menanti setiap hari,,
tiada teman sudi menemani,,
puas sudah kita mencari,,
mungkin jodoh bukan disini,,

bila jodoh sibuk mencari,,
jodoh sudah ditetapkan ilahi,,
bila hidayah tunggu menanti,,
sedang hidayah perlu di cari,,

sudah terbenam sang mentari,,
terasa rindu semakin hangat,,
selamat malam tuan puteri,,
kita di sini asyik teringat,,

pesanan dihantar bertanya khabar,,
namun sayang tidak berbalas,,
apa pun di hati tetap sabar,,
niat bertanya secara ikhlas,,

terasa sepi bila sendiri,,
hendak berteman terasa fobia,,
aku bermenung setiap hari,,
apakah sebenar makna setia,,

pergi ke sungai airnya jangkat,,
hidup meniti dalam kesepian,,
terasa jalan makin dekat,,
semakin dekat dengan perhentian,,

hidup cuma seketika hanya,,
tak terbawa wang dan harta,,
hati didalam ini tertanya tanya,,
mengapa sepi tanpa berita,,

pandang diri mu bukan zahir,,
jangan pertikai siapa ikhlas,,
kenal Dia yang awal dan akhir,,
setiap detik hembusan nafas

adam dan hawa jatuh kebumi,,
terpisah jauh dihujung dunia,,
masing masing terus mencari,,
kerana jodoh bertemu juga,,

kita insan masih sendiri,,
belum terikat dengan janji,,
sudah selalu mengigit jari,,
hidup ini tak terlepas di uji,,

ada hati merasa cinta,,
tapi sayang terus menyepi,,
mulut diam tanpa kata,,
hidup sendiri kita hadapi,,

sepi siang tanpa mentari,,
mendung berarak hari terhenti,,
sepi hati tanpa puteri,,
asyik gelisah rindu di hati,,

kadang lidah selembut kapas,,
adakala ia setajam sembilu,,
jangan suka bercakap lepas,,
sebelum bercakap berfikir dulu,,

seindah pagi terbit mentari,,
memberi sinar pada dunia,,
semoga hari ini tuan puteri,,
meniti hari dengan bahagia,,

biar rambut sudah beruban,,
nafas di sedut terasa sebu,,
biar daku terus berkorban,,
demi untukmu ayah dan ibu,,

bancuh kopi bubuh gula,,
gula di bubuh didalam cawan,,
keikhlasan itu akan bermula,,
dari hati yang penuh kejujuran,,

gelisah hati kerana rindu,,
rindu pada tuan puteri,,
moga lena dalam beradu,,
moga esok bertambah seri,,

pergi kelaut mencari kerang,,
dalam lumpur tak terkata,,
kita pentingkan jaga orang,,
tapi orang tak penting kita,,

walaupun gula rasa manis,,
manisnya di hurung semut,,
kalau senyuman yang manis,,
manisnya hati sudah terpaut,,

terbang bersama burung serindit,,
bersama burung layang layang,,
biarlah tak bernilai pada ringgit,,
tapi nilai pada kasih dan sayang,,

terima takdir dengan pasrah,,
sentiasa hidup berbaik sangka,,
kepada Allah kita berserah,,
hanya Dialah pengubat luka,,

mengapa adanya rasa rindu,,
dikala diri dalam kesepian,,
di waktu malam terasa syahdu,,
tiada terhingga kasihmu oh tuhan,,

seindah mentari yang bercahaya,,
menerangi waktu di pagi hari,,
moga hari ini sungguh bahagia,,
terpahat dalam hati sanubari,,

apa daya kita manusia,,
semuanya datang dari ALLAH,,
kita kena tetap berusaha,,
jangan sekali pernah mengalah,,

puas sudah aku menjaga,,
hati yang mudah terluka,,
akhirnya kau pergi juga,,
bahagia kita hanya seketika,,

apa ada dalam peti,,
ada tersimpan sebatang sudu,,
apa ada dalam hati,,
ada tersimpan rasa rindu,,

duduk diserambi sambil bersandar,,
melihat bulan tak jemu jemu,,
duhai bulan adakah kau sedar,,
siapa yang selalu memujamu,,

orang dulu bertarung nyawa,,
ingin mengusir penjajah durjana,,
hari ini kita pula membawa,,
budaya mereka yang tak berguna,,

tuan puteri indah rupawan,,
ramai putera hati terpikat,,
saya melihat hati tertawan,,
tidur malam teringat ingat,,

sungguh selalu dijaga oleh kekasihmu,,
percaya cintanya masih belum dalam,,
tiada yang lebih dekat dalam hidupmu,,
Allah itu dekat antara mata putih dan hitam,,

duduk berangan diatas buaian,,
melihat bintang berkerdip kerdipan,,
dalam kehidupan memburu impian,,
berkat doa usaha dan harapan,,

duduk termenung di atas buaian,,
melihat bulan dengan penuh harapan,,
bukan wang jadi penyelesaian,,
ilmu didada mengungkap jawapan,,

bila segala perlukan duit,,
semakin banyak penindasan,,
tiada salah mencari duit,,
asal duit jangan jadikan tuhan,,

walau duit sungguh berharga,,
ingatlah tidak dapat membeli iman,,
kerana nilai ada kala tidak diduga,,
nilainya dapat meruntuhkan iman,,

kita merdeka tinggal sejarah,,
kisah pendekar yang gagah,,
di dalam diam kita di jajah,,
budaya luar di megah megah,,

niat di hati biarlah bersih,,
jauhkan dari kepura puraan,,
kuatnya sebuah hubungan kasih,,
di ikat dengan tali kesetiaan,,

salam di beri tanda ingatan,,
teringat ingat setiap hari,,
semoga menjadi satu ikatan,,
terikat hati jadikan suri,,

duduk termenung tepi perigi,,
sambil berteman unggun api,,
jauh sudah daku pergi,,
menbawa diri yang sepi,,

biar apa orang nak kata,,
walau dihina dalam kata di tutur,,
dalam bicara jangan dusta,,
berkatalah dengan ikhlas dan jujur,,

hendak ku satukan hati,,
agar dapat menghapus sepi,,
hendak ku zahir alam realiti,,
tapi aku hanya mampu bermimpi,,

tak mampu hendak dikata,,
walau pahit terpaksa di telan,,
kita sedar siapa diri kita,,
umpama pungguk rindukan bulan,,

bukan kita tak berani,,
pergi jauh naik perahu,,
siapa peduli kita di sini,,
sakit pedih siapa tahu,,

jauh berjalan kaki lenguh,,
terpaksa tempuh berbagai halangan,,
kita saja yang bersungguh,,
terasa bertepuk sebelah tangan,,

kalau setia susah nak jumpa,,
apabila datang kau biar pergi,,
takkan ada sama dan serupa,,
hidup kena pandai menghargai,,

jangan tanya kenapa malu,,
kerana santun penuh beradab,,
mengapa hati merasa rindu,,
rindunya pada tuan puteri arnab,,

duduk sendiri asyik ketawa,,
sambil membilang jari jemari,,
tiada yang paling istimewa,,
hadirnya dirimu jadi penyeri,,

tiada yang paling letih,,
letih bila terlalu mengharap,,
terasa sakit dan pedih,,
impian diharap akhirnya ranap,,

tiada yang akan berkekalan,,
ingat selalu pesan ayah,,
hidup kita terus berjalan,,
terus berjalan mencari hidayah,,

bila tidur asyik terjaga,,
rupanya teringat kepada dia,,
tiada kata paling berharga,,
hanya doa semoga bahagia,,

hilang teman boleh di cari,,
selagi hidup masih ada harapan,,
hilang pedoman jauh dari ilahi,,
terbiar hati di dalam kegelapan,,

kalau dalam laut luas,,
dalamnya lagi kata kata,,
hidup ini kadang tewas,,
tewas hanya dengan cinta,,

kalau orang tak layan,,
takkan kita terhegeh hegeh,,
biar diri dalam kesepian,,
hidup bukan untuk di perlekeh,,

dalam hidup jangan sekali tamak,,
jauhkan dari sifat hasad dengki,,
selamat hari lahir ayah dan emak,,
semoga panjang umur dan murah rezeki,,

pakai cincin cincin suasa,,
bertempa batu dan kayu,,
manis kata berbudi bahasa,,
sebenar benar adat melayu,,

budak budak main guli,,
main guli dipinggir  kali
kita Disini orang tak peduli,,
sudah tiada jangan desesaLi,,

hidup ini beringat selalu,,
mesti selalu menjaga adab
waktu bujang belajar dulu,,
menjadi suami bertanggung jawab,,

kalau berkata jangan berkias,,
jelaskan dengan perkataan,,
niat di hati sungguh ikhlas,,
ingin menjadi sebagai teman,,

mengapa menyepi tanpa kata,,
setiap hari kita menanti,,
menantikan khabar dan berita,,
bila diam gelisah hati,,

setiap yang awal akan berakhir,,
jangan berakhir dengan sesalan,,
hidupku hanya seorang musafir,,
menumpang tidur di tepi jalan,,

apabila tiba waktu malam,,
salam di ucap bersama doa,,
moga terhapus segala kelam,,
hadapi hidup dengan ceria,,

pokok kacang tumbuh memanjat,,
lalu dihinggap si rama rama,,
jangan di bangga pangkat dan darjat,,
kerana liang lahat tetap sama,,

indahnya malam diterangi bulan,,
kita insan jadi pemerhati,,
cari teman pembimbing ke jalan,,
jalan menuju ke akhirat nanti,,

selamat petang saya utuskan,,
bersama dengan satu senyuman,,
semoga dapat menceriakan,,
setiap hari harimu wahai teman,,

khabar ditanya tidak berbalas,,
hati di dalam merasa risau,,
kirimkan doa hati yang ikhlas,,
moga di jauh segala ranjau,,

pokemon go punya penangan,,
asyik leka jalan punya jalan,,
tak sedar depan rumah jiran,,
akhir engkau makan tangan,,

buat sesuatu biar berfaedah,,
jangan asyik membuang masa,,
jangan sampai hilang akidah,,
tak boleh beza pahala dan dosa,,

hidup ini bukanlah lama,,
jangan pula terlalu bangga,,
wajah cantik tak kekal lama,,
sudah tua berkedut juga,,

kejap sungguh hari minggu,,
esok sudah menjelma isnin,,
kita suntik semangat baru,,
hidup kena sentiasa rajin,,

sungguh indah waktu petang
melihat tuan puteri hati gembira,,
gembira dihati tak terbayang,,
terubat segala duka dan lara,,

jangan sedih kita ceriakan,,
semoga terhapus segala gundah,,
selamat malam kita ucapkan,,
semoga dibuai mimpi yang indah,,

jauh di sana tidak terlihat,,
biar pun jauh hati terasa,,
dalam hati sudah terpahat,,
hanya namamu الله Yang Esa,,

daun sirih sungguhlah lebar,,
tiada pinang apalah guna,,
dalam pantun bertanya khabar,,
apakah khabar orang disana,,

air mata yang belinang,,
mengalir lalu membasah pipi,,
kita selalu asyik mengenang,,
mengenang hidup didalam sepi,,

biarlah diri masih membujang,,
kadang aku terasa mengerti,,
berumah tangga bukan senang,,
hendak menjaga sekeping hati,,

ingin jauh membawa diri,,
biarlah tiada siapa peduli,,
pergi tanpa siapa sedari,,
tiada lagi jangan disesali,,

biar besar kenderaan di pandu,,
tetapi diri terasa kecil,,
pada الله tempat mengadu,,
kita cuma insan kerdil,,

puas sudah aku jejaki,,
sudah cukup satu purnama,,
aku hanya seorang lelaki,,
bukan dalam cerita drama,,

rasa ini lama terpendam,,
lalu ku luah menjadi madah,,
cinta ini takkan terpadam,,
terasa dunia sungguh indah,,

dalam hidup setiap manusia,,
sesuatu masa menjadi mayat,,
cinta sejati tak termakan usia,,
kekalnya sampai akhir hayat,,

dunia sungguh terbentang luas,,
terbentang luas dengan gelombang,,
kita tak mampu hendak memuas,,
hendak memuaskan hati orang,,

hidup kita ini selalu seorang,,
bukan memilih buah hati
bukan senang jaga hati orang,,
takut nanti ada makan hati,,

masa depan yang terjamin,,
bukan di dunia duhai saudara,,
sebenar akhirat ya mukmin,,
kita di dunia cuma sementara,,

bila teringat kisah cinta,,
tidur malam susah lena,,
biarlah jauh jarak kita,,
kalau jodoh tak kemana,,

lebih baik menggigit jari,,
dari balasan hanya nista,,
lebih baik berdiam diri,,
dari pada berkata kata,,

biarlah pedih akan ku rendam,,
walau sakit ku tahankan juga,,
kekecewaan ku tiada berdendam,,
ku utus doakan semoga bahagia,,

tiada insan yang sanggup menjaga,,
mendidik kamu sehingga dewasa,,
tiada kasih yang lebih berharga,,
kasihnya seorang ibu luar biasa,,

mata ini hanya mampu melihat,,
sesuatu yang berlalu pergi,,
tangan tak mampu menyekat,,
takdir yang di tetapkan ilahi,,

biarlah dirimu itu jauh di utara,,
jauh perjalanan tak jemu,,
tapi hati didalam rasa gembira,,
hilang penat bila bertemu,,

duduk termenung di hadapan jendela,,
di tiup angin tersingkaplah tirai,,
kalaulah dapat kembali semula,,
teringat kisah gunung jerai,,

ada rasa yang tersimpan,,
lalu ku benam sedalam dalam,,
biar terkubur impian dan harapan,,
itu semua kenangan silam,,

sekarang baru aku fahami,,
apa itu sebenar erti rimas,,
jangan aku engkau dekati,,
sungguh aku merasa lemas,,

hari ini engkau cantik bak purnama,,
cantik di puja orang ramai,,
ingatlah hari tua akan menjelma,,
ketika itu tiada siapa ambil peduli,,

memang susah hendak dikata,,
kalau sekadar membuang masa,,
apalah gunanya cantik di mata,,
tapi jiwa didalam tersiksa,,

bahasa kita bahasa skema,,
jangan ingat kita lembab,,
ada orang tak boleh terima,,
mereka suka bahasa biadab,,

bawa cawan di dalam dulang,,
cawan berisi airlah batu,,
biar gunung jadi penghalang,,
kalau jodoh tetap bersatu,,

bila ayat berbunga bunga,,
biar sopan dalam bahasa,,
bukan niat mengoda goda,,
bahasa itu lambang bangsa,,

wahai bulan memberi sinaran,,
membuat malam menjadi indah,,
terubat hati dari kedukaan,,
cahayamu itu menghilang gundah,,

belum terlambat ucapan kata,,
salam aidilfitri saya ucapakan,,
andai ada kesilapan antara kita,,
semoga dapat lah dimaafkan,,

dalam kata kata ada makna,,
kata kata menghilang gundah,,
selamat malam semoga terlana,,
hanyut bersama mimpi indah,,

asyik mengukur buah kelapa,,
sudah di kukur di buat inti,,
cantik di ukur bukan rupa,,
ia diukur pada budi pekerti,,

susah senang hidup bersama,,
bersama sama selamanya,,
kalaulah sudi hendak terima,,
terima hati kasih dan jiwa,,

jika hendak pergi pergilah,,
aku insan tak mampu menahan,,
hendak ku kejar terasa lelah,,
semoga hidupmu dalam kebahagian,,

selamat malam waktu beradu,,
dalam mimpi moga bersua,,
saya sisipkan perasaan rindu,,
kepada awak di dalam doa,,

wahai yahudi kaum yang zalim,,
baikmu bertalam talam,,
kau mampu membunuh muslim,,
tapi bukan agama islam,,

puas sudah kita mencuba,,
melarikan diri dari kesunyian,,
sakit bagai terkena selumba,,
bila di sentuh terasa kepedihan,,

biarkanlah orang tidak suka,,
sementara hanya didunia,,
jangan kita bersyak wasangka,,
tiada kita mereka bahagia,,

daun sirih sungguh lebar,,
lebar lagi daun mengkudu,,
mengapa hati rasa berdebar,,
kerana didalam ada rindu,,

biar di mana asal cinta,,
asal rindu itu berbalas,,
biar tak nampak di mata,,
asal hati selalu ikhlas,,

biar walau sudah lama,,
kita insan dalam kekurangan,,
sesuatu perit untuk terima,,
saat mengalami sebuah kehilangan,,

duduk diberanda kaki terlunjur,,
pakai kain dari tenunan,,
dalam hidup biarlah jujur,,
tanpanya hidup jadi mainan,,

daki dosa penuh di tangan,,
kita cuma insan yang hina,,
kisah silam di ungkit jangan,,
bukan kita insan sempurna,,

jika di fikirkan terasa letih,,
esok hari bakal mendatang,,
jika semalam terasa pedih,,
jangan lagi duka berulang,,

kita jujur orang tak percaya,,
habis itu hendak buat apa,,
baik diam tak payah nak kata,,
sentiasa ingat Allahkan ada,,

apa mampu seorang teman,,
hanyalah doa dan harapan,,
semoga peroleh hidup aman,,
serta bahagia dalam kehidupan,,

sungguh sukar hendak beradu,,
didalam hati datang bertamu,,
datang bertamu rasanya rindu,,
sedang belum pernah ketemu,,

dulu kita bergurau senda,,
teringat masa kita bersama,,
walau engkau telah tiada,,
ku doakan dirimu tenang disana,,

biarlah jodohmu datang lambat,,
ingatlah pada Dia yang satu,,
tiada perancang yang paling hebat,,
hanya Allah lah jadi penentu,,

air mata yang mengalir,,
takkan menbasahi dunia,,
hargailah setiap yang hadir,,
hidupnya jangan di sia sia,,

kayu di paku buat keranda,,
tanah di gali sedalam dalam,,
badai sepi terus melanda,,
hanyut dengan kenangan silam,,

janganlah di sia siakan waktu,,
tidak bermaknalah sepatah perkataan,,
hadiah sebuah kebahagiaan itu,,
terbungkus dibaluti dengan  penderitaan,,

niatnya hati hendak mencuba,,
membuat kuih tepung pulut,,
bagaimana hendak kunjung tiba,,
kalau puan tidak menjemput,,

puas sudah menahan pedih,,
kerana jodoh aku mencari,,
semakin di fikir semakin letih,,
biarlah kau datang sendiri,,

biar kita tak menjadi pilihan,,
hidup sunyi tiada berteman,,
tabahkan hati tetapkan iman,,
jangan sedih kita ada TUHAN,,

hidup ini dalam trauma,,
selepas berlalu kisah tragedi,,
hidup ini tidaklah lama,,
suatu masa akan bersemadi,,

kait kelapa guna galah,,
kelapa jatuh didalam jala,,
banyak tanya pun salah,,
diam katanya bisu pula,,

kita merentas lautan biru,,
dengan hanya sebatang titi,,
kadang kita sendiri keliru,,
antara bayang bayang dan realiti,,

pantun bukan sebarang pantun,,
pelawa bukan sebarang pelawa,,
dengan adab bersopan santun,,
rumah terbuka hati dan jiwa,,

biar belum pernah bertemu,,
hati di dalam merasa malu,,
gambar di tatap tak jemu,,
hati di dalam merasa rindu,,

hendak duduk dibentang tikar,,
tetamu diluar sedang menanti,,
cermin pecah boleh ditukar,,
hati yang berkecai tiada ganti,,

takbir bergema terasa sayu,,
bukan sedih kekasih pergi,,
kerana ramadan pergi berlalu,,
mungkinkah dapat bertemu lagi,,

sakit terluka terasa kebas,,
lalu ku genggam di tapak tangan,,
di sebalik rahsia ketupat palas,,
tersimpan terlalu banyak kenangan,,

sungguh indah tuan puteri,,
nampak cantik berkain satin,,
selamat hari raya aidilfitri,,
mohon maaf zahir dan batin,,

andai diri terpaksa pergi,,
jangan ada dendam dan benci,,
biar jauh ku bawa diri,,
tiada siapa mampu mencari,,

biar sudah terlewat waktu,,
masa yang ada tinggal sedikit,,
hidup kita belum tentu,,
perkara lama jangan di ungkit,,

khayal dunia penuh perdaya,,
lalu tersungkur dilembah hina,,
jangan di ikut jalan bahaya,,
nanti engkau akan merana,,

kadang hidup terasa fobia,,
fobia bila hendak berteman,,
harapan kita pernah di persia,,
sendiri kita di telan zaman,,

perngorbanan mu tiada terhingga,,
demi abang yang tercinta,,
hubungan adik beradik harus di jaga,,
kerana itu sedarah sedaging kita,,

kita disini doakan semoga,,
jangan hati lagi terluka,,
seharian menahan lapar dan dahaga,,
kini tibalah waktu berbuka,,

tersebut salah satu kaum,,
ia inkar dengan takdir tuhan,,
kerja menyalak dan mengaum,,
katanya ingin menegak kebenaran,,

hadiah bernilai apa pun jua,,
biar berjuta mahal harganya,,
sebenarnya adalah sebuah doa,,
dari orang yang ikhlas hatinya,,

dalam hati ada berputik,,
ada berputik rasanya sayang,,
niat dihati ingin memetik,,
memetik bunga ditaman orang,,

aku bukan pahlawan gagah,,
bisa menjaga mu dari binasa,,
hanya doa semoga mencegah,,
agar hidupmu di jauh dari siksa,,

hidup ini bukan sendiri,,
kalau rumah sering ada tetamu,,
teruslah bergerak wahai diri,,
sehingga dekat dengan jodohmu,,

bila mengenang bertambah usia,,
hidup ini bukan dipadang permainan,,
kita ini hanya seorang manusia,,
perlu berani dan berkeyakinan,,

hati ini selalu teringat,,
teringat ingat orang disana,,
malam dingin jadi hangat,,
kadang sampai tidur tak lena,,

kalau dapat kau membaca,,
apa yang ada dalam hatiku,,
adakah engkau akan terima,,
atau terbiar bersama waktu

dari sabah hingga serawak,,
hendak membeli kain batik,,
sebab apa saya suka awak,,
selalu ingat perkara yang baik,,

sudah tiba masa di nantikan,,
ambil buluh di belah belah,,
selamat berbuka kita ucapkan,,
semoga rezeki di berkati ALLAH,,

ambil kertas dan pena,,
lalu di tulis menjadi madah,,
moga tidur dengan lena,,
di buai mimpi yang indah,,

bila lelaki semuanya buruk,,
macam perempuan tak memilih,,
jangan fikir semua teruk,,
masih adalah insan yang solih,,

jangan lagi hati terluka,,
sakit yang lalu tiada terhingga,,
hati sudah dapat meneka,,
mungkin dia sudah berpunya,,

bagaikan hidup di tanah gersang,,
tadahan air itu di cari,,
seronok orang hidup berpasang,,
kita juga masih sendiri,,

biar tiada yang menemani,,
menemani diri kita di sisi,,
teman daku tiada di sini,,
dia berada di alam fantasi,,

pantun bermula dengan salam,,
di dalam pantun ada ucapan,,
kita nak ucap selamat malam,,
semoga bahagia dalam kehidupan,,

jenazah dikebumi dibaca talqin,,
tamatlah sudah kisah hidupnya,,
seorang anak tidak akan miskin,,
jika menangung ayah dan ibunya,,

engkau tinggal siksa di jiwa,,
hati ini bagai di carik,,
sungguh pedih rasa kecewa,,
kini aku merasa serik,,

hidup perbagai asam dan garam,,
jangan hati terus memendam,,
bagaimana hati nak tenteram,,
kalau masih menyimpan dendam,,

pergi ke pasar membeli kobis,,
jadi hidangan kepada tetamu,,
rezeki seorang anak takkan habis,,
hulur sedikit kepada ibu bapamu,,

bahagia ibu bahagia ayah,,
mengukir senyuman bukan tangisan,,
menjaga kita penuh lelah,,
memenuhi keperluaan tanpa alasan,

biarlah daku terus berjalan
biarpun kaki sudah tak larat,,
bina hubungan biar berkekalan,,
biarlah kekal sampai akhirat,

bukan aku tidak pandai,,
tidak pandai untuk menghargai,,
dah lama hidup terabai,,
adakah pernah engkau rasai?

bukanlah kita tidak ingin,,
hendak di jawab serba salah,,
umur berusia belum berkahwin,,
sebab jodoh rahsia ALLAH,,

biar sibuk dalam berkerja,,
beramal jangan lebih kurang,,
dari pagi hingga ke senja,,
jangan sibuk menjaga hal orang,,

manusia itu punya akal,,
tetapi hatinya mudah berubah,,
cinta ALLAHlah yang kekal,,
sedikit takkan pernah berubah,,

jangan sekali pernah meluat,,
jauhkanlah dari persengketaan,,
tiada tali yang paling kuat,,
selain dari tali persaudaraan,,

biar jarak masa dan waktu,,
bukannya alasan jadi halangan,,
biarlah kasih menjadi satu,,
menjadi ikatan dalam hubungan

kita selalu tengok awak,,
update moment kita suka,,
rasa rindu nafas sesak,,
takut nanti kembali terluka,,

kita sebagai seorang hamba,,
setelah seharian menahan lapar dan dahaga,,
kini waktunya sudah pun tiba,,
saya ucap selamat berbuka puasa,,

hidup api guna arang,,
suasa malam menjadi terang,,
dunia ini ramai orang,,
tetapi hidup terasa seorang,,

dalam hidup mencari berkat,,
biar dibawah panas terik,,
puas sudah kita memikat,,
tiada juga mampu tertarik,,

niat doa di dalam sujud,,
bila menyebut lidah kelu,,
kita ada bagai tak wujud,,
bagai terasa diri tak di perlu,,

aku tak bisa memandang kedepan,,
kerana di paut kenangan lalu,,
yang terlalu banyak tersimpan,,
asyik terkenang kenang selalu,,

dahulu daku punya teman
hidup ini terasa bahagia,,
tiada termampu untuk ku tahan,,
tuhan lebih sayangkan dia,,

andai akhir hanyat ini,,
hidup ku hanya di selubungi sepi,,
aku tetap ada di sini,,
akan tetap terus dalam menanti,,

biar tiada lansung ikatan,,
tiada lagi ikatan yang rapi,,
biar hanyut di tengah lautan,,
hanyut ditengah lautan sepi,,

biar hanya cuma sebentar,,
menjadikan ia cukup bererti,,
hanya doa jadi pengantar,,
rasa rindu ada didalam hati,,

kita melalui dalam setiap kehidupan,,
kisahnya penuh dengan pengajaran,,
kunci untuk sabar ialah kemaafan,,
kunci untuk setia ialah kejujuran,,

hidup ini kita terikat,,
terikat dengan arus masa,,
hidup ini terlalu singkat,,
singkat untuk berbuat dosa,,

disini aku bangun berdiri,,
lalu waktu menghitung hari,,
hidup ini aku bersendiri,,
mati pun aku bersendiri,,

apalah mampu seorang teman,,
hanya doa dan harapan,,
semoga ceria hidupmu teman,,
hidup dalam kebahagiaan,,

biar sakit di dalam jiwa,,
jangan sakit didalam kalbu,,
biar sunyi tiada makwa,,
jangan sunyi tiada ibu,,

kita belajar berhari hari,,
mengapa sunyi tiada berteman,,
cinta itu adakalanya ngeri,,
ia bersembunyi di sebalik kezaliman,,

di kala diri berputus asa,,
kerana waktu beri semangat,,
pada الله YANG MAHA ESA,,
hendaklah diri sentiasa ingat,,

jangan fikir siapa dia,,
pada Tuhan kita berserah,,
kalau ada adalah ia,,
kalau tiada biar pasrah,,

jangan menilai diri seorang,,
dengan kepayahan hari ini,,
siapa tahu hari mendatang,,
tentang nasib kita esok hari,,

pergi berjalan jalan ke pekan,,
pergi dengan menaiki tandu,,
selamat petang saya ucapkan,,
saya utuskan bersama rindu,,

kalau hendak mencari jodoh,,
cari yang selalu mengingatkan,,
zohor asar magrib isyak dan subuh,,
itulah jodoh jangan dilepaskan,,

pergi ke sungai memancing ikan,,
bawa bekal kuih keria,,
selamat pagi saya ucapkan,,
semoga hari ini awak ceria,,

dulu kita dah tanya,,
jawapan yang di tunggu tunggu,,
kata dia sudah berpunya,,
hak orang kita takkan ganggu,,

sungguhnya putih air susu,,
minumlah ia dengan beradab,,
cinta jangan mengikut nafsu,,
pandu ia atas tanggung jawab,,

bersyukur masih bernafas lagi,,
hidup ini cuma seketika hanya,,
tiada kasih yang berbelah bagi,,
kasih tuhan kepada hambanya,,

nak cakap terasa malu,,
nak kejar terasa penat,,
biar lidah terasa kelu,,
hati ini sungguh berminat,,

kalau dulu orang kata,,
kerana mulut badan binasa,,
tapi sekarang lain pula,,
kerana jari putus saudara,,

tanggung jawab anak lelaki,,
biar sudah berumah tangga,,
dalam memenuhi nafkah isteri,,
pada ayah, ibu jangan dilupa,,

tetapkan hati didalam ini,,
agar tidak bercabang cabang,,
rumah di bina tiang berdiri,,
jangan sekali dibiar ia tumbang,,

aku manusia tak terlepas dosa,,
rasa menyesal dan bertaubat,,
terus menerus selagi ada masa,,
jangan waktu sudah terlambat,,

jangan hati jangan bersedih,,
dalam hidup harus tabah,,
biarkan luka terasa pedih,,
serah dirimu kepada Allah,,

ada sesuatu tersimpan dalam,,
dalam laci di bawah meja,,
saya nak ucap selamat malam,,
semoga disana baik baik saja,,

kaki ini terus melangkah,,
tapi suatu masa akan terhenti,,
dalam sujud biar rebah,,
rebah hidup berakhirnya nanti,,

cari aku dalam hatimu,,
tak kau sedar pernah wujud,,
ku doa hanya untukmu,,
ketika aku di dalam sujud,,

disaat kau di kelilingi peminat,,
aku dicelah hanya memerhati,,
hendak ku kejar terasa penat,,
biarlahku pendam didalam hati,,

duhai hati jangan kempunan,,
hidup kena terus berjuang,,
hati bukan barang mainan,,
senang kau ambil senang kau buang,,

niat hati nak bertanya,,
dengan jelas dan terang,,
takut kalau dah berpunya,,
kita tak mahu hak orang,,

selalu menatap wajah mu,,
di ruang halaman tak jemu,,
walau tidak pernah bertemu,,
hati memendam kepada mu,,

kayu di potong menjadi papan,,
kayu berasal batang meranti,,
sebaik baik masa hadapan,,
adalah ketika diakhirat nanti,,

mengapa tidur susah terlena,,
kerana hati sedikit terusik,,
kita bukan insan sempurna,,
tetap usaha menjadi baik,,

rasa suka tidak mencukupi,,
sebagai membukti rasa cinta,,
kerana ikhlasnya didalam hati,,
tak terbukti dengan kata kata,,

hidup kalut lidah pun kelu,,
jalan jalan penuh berduri,,
biar tak sedar masa berlalu,,
jangan sekali tak sedar diri,,

tutur kata menjadi sendi,,
adab sopan bagai pelita,,
ingin mengenal hati budi,,
lantunan hati di dalam kata,,

assalamualaikum mula bicara,,
salam perkenal saya ucapkan,,
walaupun bukan sedara mara,,
sudilah sekira menjadi rakan,,

hidup bersama dalam kesabaran,,,
susah senang mengorak ranjau,,
isteri itu anugerah Tuhan,,
umpama kebun yang menghijau,,

kalau orang tak sudi,,
jangan kita terhegeh hegeh,,
kita ini orang lelaki,,
adab maruah jangan diperlekeh,,

pernah dulu aku fikirkan,,
tanpa cinta tak mengapa,,
mengapa kini aku rasakan,,
kesepian itu datang menerpa,,

keletihan semalam masih terasa,,
masih terasa jiwa dan raga,,
hidup jangan sekali berputus asa,,
luka sedikit ku gagahkan juga,,

pintu ini masih terbuka,,
jangan dikunci dengan pedayam,,
sudah cakap kita suka,,
tiada jawapan masih berdiam,,

perasaan rindu setiap hari,,
hati didalam jangan gundah,,
selamat malam tuan puteri,,
semoga dibuai mimpi indah,,

bila ku padam rasa malu,,
orang pandang kita miang,,
masa terus pergi berlalu,,
akhirnya kita tinggal seorang,,

perjalanan jauh kita redahi,,
semata mata mencari rezeki,,
walau berliku kita tempuhi,,
menpetaruh nyawa setiap hari,,
jasa kita orang tak pandang,,
kerja kita bukanlah senang,,
biarlah orang tak pernah pandang,,
ada yang pergi tak pulang pulang,,

kalau pergi jangan balik,,
selagi tak kenal siapa dirimu,,
daku bukan yang terbaik,,
carilah terbaik dalam hidupmu,,

hidup ini terlalu kerdil,,
biarlah kerdil di lihat orang,,
Ya Allah YANG MAHA ADIL,,
hambamu ini insan serba kurang,,

sesukar mana engkau mencari,,
mencari erti sebenar bahagia,,
semoga sabar didalam diri,,
pada pengorbanan tidak sia sia,,

ayat di tulis menjadi lagu,,
lagu menyentuh didalam hati,,
apa yang ditunggu tunggu,,
hanyalah jawapan yang tak pasti,,

bangun pagi gosok gigi,,
sarapapan dengan kuih bahulu,,
saya ucapkan selamat pagi,,
semoga bahagia n ceris selalu,,

daun halia daun mengkudu,,
pokok tumbuh sangat rendah,,
semoga tuan puteri lena beradu,,
di selimuti mimpi yang indah,,

terbuai sudah didalam sepi,,
tiada yang pasti akan berkekalan
kita selalu termimpi mimpi,,
untuk mengapai sang rambulan,,

duhai kasih sang puteri,,
jangan terus diri terdiam,,
tunggu jawapan hamba menanti,,
moga kasih dapat di anyam,,

apakah ada dibalik salam,,
salam di beri sebelum beradu,,
bedebar debar hati di dalam
hati didalam merasa rindu,,

impian kita hidup berdua,,
berkat dari maha pencinta,,
jangan putus untuk berdoa,,
biarlah doa menyatukan kita,,

sungguh dada sesak nafas,,
bagai tersekat sukar terlepas,,
sungguh aku merasa rimas,,
jangan hilang akal yang waras,,

nasib diri selalu di kecewa,,
sungguhnya diri terasa lelah,,
terasa sakit didalam jiwa,,
penawar ada bila pasrah,,

siapalah sudi ingatkan kita,,
kita bukanlah siapa siapa,,
tiadalah rupa tiada harta,,
hari ini ingat esok dah lupa,,

kanak kanak berlari lari,,
pergi kepadang bermain guli ,
kalau perlu orang cari,,
kalau tidak orang tak peduli,,

selamat tinggal wahai sahabat,,
kita hidup cuma seketika,,
kita melangkah menuju penamat,,
jangan sekali pernah terleka,,

biarlah orang hidup berteman,,
kita selalu berjalan seorang,,
sekadar melihat bunga di taman,,
ku sedar hidupku serba kurang,,

kita selalu teringat ingat ingat,,
pada orang yang tak sudi,,
aku menerima sebagai hakikat,,
bahawa dirimu tiada lagi,,

duhai jodoh seberapa lama,,
dalam pencarian hidupku ini,,
sabarlah hati tetap terima,,
andai engkau tiada disini,,

indah rumah kerana tangga,,
indah hidup kerana pedoman,,
indah taman kerana bunga,,
indah hati kerana iman,,

pergi memetik buah lada,,
dibawah pohon pokok rambutan,,
salam dihulur sebagai tanda,,
jadi ikatan dalam persahabatan,,,

tak semua orang suka kita,,
cakap sikit serba tak kena,,
belakang kita dikata kata,,
bagai dia insan sempurna,,

pesan ibu jangan dilupa,,
jauhkan dari perkara terlarang,,
biarlah aku tiada siapa,,
jangan diambil hak milik orang,,

tidak kisah dimana tapak,,
rasa syukur terus bersujud,,
kita ada orang tak nampak,,
hakikat diri tak pernah wujud,,

mungkin kamu merasa ragu,,
jangan percaya pada diriku,,
hanya ALLAH yang lebih tahu,,
apa yang ada dalam hatiku,,

yang ditunggu tiada datang,,
cukup hanya berkirim salam,,
usia hidup hampir petang,,
tamat hayat apabila malam,,

walaupun kita tiada ikatan,,
rindu juga menjadi tali,,
tali tersimpul dalam ingatan,,
jadi ingatan setiap hari,,

dari gunung hingga ke lembah,,
puas sudah mengerah keringat,,
mengapa aku merasa lemah,,
hidup jangan patah semangat,,

hidup didunia tak kekal,,
janganlah pula asyik terlena,,
manusia itu punya akal,,
tak semua pandai mengguna,,

pesanan dihantar tanda ingatan,,
sentiasa ingat setiap kali,,
walaupun kita tiada ikatan,,
rindulah juga menjadi tali,,

aku hanya insan biasa,,
yang juga punya hati,,
dalam hati punya rasa,,
merasa untuk di cintai,,

mesej dihantar tanda ingatan,,
ingatan dari di dalam hati,,
andai menjadi satu jadi ikatan,,
biarlah ikatan tersimpul mati,,

puas sudah mata terpejam,,
hidup terasing dalam dunia,,
biarlah orang berbuat kejam,,
harapan ini semoga bahagia,,

dulu dan kini dah tak sama,,
sungai petani hati tersisih,,
dulu datang hati gembira,,
kini datang rasa sedih,,

pergi mengaji bawa muqadam,,
pakai penunjuk guna lidi,,
niat di hati kita pendam,,
takut orang tidak sudi,,

hati ini bukan kental,,
hidup diselebungi rasa malu,,
niat hati ingin mengenal,,
apakan daya lidah terasa kelu,,

sindir menyindir caci mencaci,,
jadi amalan di facebook ini,,
janganlah hati ambil peduli,,
kita lihat di cermin sendiri,,

emak pesan tiap tiap hari,,
jangan sekali berputus asa,,
gigih emak harus dicontohi,,
menjaga kita menjadi dewasa,,

biar melihat hanya perkataan,,
untuk menegur atau menyapa,,
sungguhnya malu duhai puan,,
bagai berdepan depan muka,,

kala hujan kita berteduh,,
meniti perjalanan tak pernah jemu,,
terus berjalan duhai jodoh,,
biar hujung dunia kita bertemu,,

puas sudah kita mencari,,
kemanakah dia menghilang diri,,
akhirnya kita hidup sendiri,,
menantikan dirinya setiap hari,,

nona manis duduk dilaman,,
tempai bermain budak budak,,
berkenan hendak dibuat teman,,
entah sudi entahkan tidak,,

musim panas musim kemarau,,
tidak berbuah pokok lada,,
kalau rasa hendak bergurau,,
boleh biarlah berpada pada,,

duduk sekejap cik dilaman,,
cantik bunga mekar berkembang,,
ingin memetik bunga ditaman,,
takut sudah dimiliki kumbang,

pasang pelita di pangkal kelapa,,
di lapik bata sudah retak,,
biarlah kita tidak punya rupa,,
jangan kita tiada otak,,

isteri dirumah asyik mengeluh,,
bila ditegur tak boleh terima,,
adik beradik jangan bermusuh,,
susah senang bangun bersama,,

bila tengok orang berpasang,,
hati ini selalu menipu,,
bukan bimbang di tolak orang,,
takut kita tidak mampu,,

bila terjaga dari tidur,,
diantara waktu sepertiga malam,,
ucapkanlah tanda syukur,,
sambutlah cinta pentadbir alam,,

dari dulu pernah terfikir,,
semua ini akan jadi hanya kenangan,,
biar senyuman yang terukir,,
mencari mencari sebuah ketenangan,,

kita dahulu pernah berjumpa,,
semua sudah suratan takdir,,
sesuatu yang tak dapat dilupa,,
adalah kata pesanan terakhir,,

jangan tanya insan dimana,,
kita insan terlalu kerdil,,
aku bukan insan sempurna,,
kadang hidup terasa jahil,,

sambil duduk melipat kain,,
di bawah cahaya yang terang,,
bukan kita tak mahu kawin,,
takut nanti menyusahkan orang,,

terang bulan di atas awan,,
kita selalu jadi pemerhati
cahayamu memberi harapan,,
moga bretemu insan sejati,,

tidur malam susah nak nyenyak,,
apa yang ada dalam ingatan,,
jangan ingat ilmu mu banyak,,
banyak lagi air di lautan,,

kita hanya pemandu lori,,
orang lihat pun tak yakin,,
mana orang merasa sudi,,
masa depan tak terjamin, ,

bawa lori pergi bangan,,
beli ikan dari nelayan,,
kadang kita teras segan,,
bila tegur orang tak layan,,

kenal cuma setika hanya,,
tidur malam susah terlena,,
hati ini tertanya tanya,,
apalah khabar orang disana